Kamu Untuk Aku

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 6, 2011

Kau Sedih Sahabatku, Diriku Lagi Sedih Darimu..

Ya Allah,aku hampir terlupa malam ini malam apa...patut la kawan baik aku msg aku dengan keadaan yang sedih..miera tolong jangan ingat orang yang telah lama tinggal kan kita..biar la kenangan itu terus dihanyut oleh masa dan keadaan miera.. sudah hampir 5 tahun orang yang paling baik dengan aku pergi meninggalkan kekasih hatinya iaitu nur amira..miera still dengan cintanya yang satu..aku pulak kehilangan tempat nak tumpah air mata,tempah lepaskan geram & tempat nak bagi aku hepy..

andai dia masih hidup,pasti miera orang paling hepy dan aku tak terkecuali.. miera kenapa malam nie ko menangis kerana rindukan dia.. kalau ko rindukan dia, aku lebih rindukan dia kerana dia adalah sepupuku yang paling baik.. andai ko sedih, aku lebih sedih berbanding dirimu.. miera, cari la pengganti buat dirinya..jangan la ko terlalu setia pada yang telah tiada..

dia pasti berbangga andai ko tak tangisi ketiadaannya, dia pasti merestui andai ko ada pilihan hati ko sekarang.. miera kenapa ko kata kau lupa pada sepupu yang satu itu.. aku tak pernah lupakan miera..hanya dia saja yang faham aku miera.. aku dah tak seperti nisak dulu miera..sejak dia tiada aku selalu disakiti..dia tiada nak bantu aku..tak dak sapa nak gaduh dengan aku sejak dia tiada..

selama 5 tahun miera, aku selalu ingat pesan dia..agar jaga ko tak kira apa yang berlaku..ko tau tak miera,sebelum arwah pergi dia selalu pesan dengan aku agar jaga ko dan dia amat mencintai ko..sampai bila2 ko dalam hati dia yang satu..

miera, aku betul2 amat merindui insan yang yang satu ini.. hati aku dah tak hepy macam dulu lagi..hanya kosong dalam diri aku.. miera, aku merayu padamu agar ko mencari cinta yang baru..yang setia pada yang telah tiada.. miera yang pergi tak akan kembali buat selama2nya..

aku tau miera bagi ko, cinta biar seribu tahun, cinta ko tak mungkin akan pergi, walaupun dia telah tiada.. tapi kita yang hidup mesti teruskan hidup kita.. miera,aku sentiasa berdoa agar ko bina hidup baru.. sekiranya ko masih macam ini, aku la insan yang paling bersalah..

aku sanggup berkorban miera demi ko,katakan saja apa patut aku buat asalkan ko bahagia dan membina hidup yang ko impikan selama ini..

No comments:

Post a Comment