Kamu Untuk Aku

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 12, 2011

KaLaU aDa ReZeKi

Hari Rabu mak aku kol pada jam 2.30 ptg katanya aku dapat ujian utuk kerja gov. aku tengah praktikal, aku pening kepala fikir apa patut aku buat.. aku pun pergi jumpa bos aku, aku cerita dengan dia...Nasib baik bos aku 2 nama cik huda dia sangat baik dan dia bagi aku tamatkan praktikal 2 hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

aku pun balik pada hari khamis malam... pagi Jumaat 11/3/11 aku perhi exam sorang diri tanpa ditemani oleh ibu mahupun ayah aku...aku gerak kul 7 nak pergi interview dekat alor star.. dalam kul 7.40 aku sampai,aku ingatkan aku la orang paling awal rupa-rupanya aku silap...Ada orang datang lagi awal dari aku...

aku tengok senarai nama nak ambik exam sangat la banyak... aku ada 2 sesi exam.. sebelah pagi aku ambik ujian bertulis dan sebelah petang ujian komputer..exam bertulis sangat la susah macam nak bagi aku gagal saja aku rasa.. jawapan pun aku men hentam saja...lepas exam kul10 aku tak tahu nak pergi mana...

aku pun lepak la dalam kereta sementara nak tunggu kul 2.30 sesi ujian komputer bermula... waktu aku buka pintu aku terlupa aku letak sijil aku atas bumbung kereta.. aku pun memang terlupa benar pasal fail.. aku pun bosan dok dalam kereta.. aku fikir aku nak p kena udara couz perut aku pun lapar..

aku dengan lagak gayanya drive la kereta tanpa sedar ada fail atas bumbung.. sampai dekat 1 simpang ada la pak cik ni dok hon aku.. aku pun pelik npe pakcik nie asyik hon aku ... dan dia bagi tau aku fail atas bumbung dan dia kata sijil aku ada yang terbang...

aku rasa macam nak nangis saja sijil hilang... aku pusing kereta balik ikut arah jalan aku kuar tadi nak cari sijil... cari punya cari samapi aku kol bf aku siap nangis bagi tau sijil hilang cari tak jumpa...
nasib baik dia pandai pujuk aku..

aku pun pasrah dengan keadaan aku, aku fikir dalam kepala nak balik rumah... aku pun menuju arah nak balik rumah... aku ada ternampak sorang boy dan gf dia pegang kertas pink.. aku pun terfikir 2 mesti sijil aku..
aku stop dan aku kata maaf cik nie sijil saya... tq tau cik tolong kutip...dan awek dia cakap tak apa...

aku pun tak jadi la balik..aku pergi lepak dekat giant alor star..Jam kul 2.00 tepat aku balik dekat tempat aku buat ujian.. ujian komputer 2 aku dikehendaki menaip 2 soalan.. 1 soalan 2 dalam bahasa arab dan lagi satu dalam bahasa rumi.. nasib baik aku sempat taip yang rumi tapi yang bahasa arab 2 betul2 aku tak reti..

sedihnya aku bukan kepalang...aku tak dapat buat 1 soalan lagi lagipun masa dia bagi 15 minit saja..mak aku dan ayah aku amat berharap sangat aku dapat kerja ni... boleh la aku dok dengan mereka di kampung...
aku pun berharap aku dapat tawaran kerja ini..

No comments:

Post a Comment