Kamu Untuk Aku

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 15, 2011

KeNdUrI-KEnDUrI

setiap kali musuim cuti sekolah pasti kita dengar orang asyik buat kenduri...time ini la semua orang tak lepaskan peluang nak buat kenduri couz ramai sanak saudara kita boleh pulang ke kampung..

arinie saja aku dah ikut mak aku p makan kenduri dekat 5 buah rumah..suasana kenduri memang best.. aku jenuh gak la nak buka perut aku besar2 nak makan makanan... aku nak rasa semua makanan.. nak tau rumah sapa paling sedap.....

kadang-kadang best gak p kenduri rumah orang bholeh la aku melawa ckit nak pakai baju baru..tapi aku paling malas kalau p kenduri kena buat kerja...nanti aku ajdi penat...makan aku tak la penat sangat...ahhahahahhaha

bila makan pun kenyang aku mula jadi ular sawa...melingkar macam ular kekenyangan...korang pun mesti menghadiri banyak kenduri jugak kan time2 cuti sekolah..mesti best kan makan...jom kita pakat2 makan biar kenyang sampai pecah perut...

Monday, March 14, 2011

AkU SuDaH tAwAr HaTi

aku ingatkan hari ini akan jadi hari yang bahagia buat insan bergelar kekasih kepada seorang lelaki... tapi aku tak sangka dia telah menyakiti hati aku awal pagi la... Adakah wayar aku harus bersabar demi sebuah percintaan?

aku rasa aku dah abis sabar dengan sikap dia yang sekarang.. dia cakap dia berubah kerana aku... andai aku wanita paling teruk ok aku terima...aku dah fikir ko sendiri yang minx putus.. aku akan terima tq untuk ayat putus...

aku dah tak nak jadi wanita yang ko fikir aku tak boleh hidup tanpa diri ko.. aku memamg cintakan ko. tapi ko silap andai aku tak boleh putus dengan ko... aku akan buktikan dengan ko andai ko cabar aku...aku bukan wanita lemah wahai bf aku...

aku cuma minx ko rajin berkerja dan kurangkan tido tapi ko pilih tido dari diriku... ok fine... dulu ko pernah pilih kawan ko dari aku, sejak ko kenal kawan ko 2 ko berubah.. aku pun ank berubah..aku akan buktikan dengan ko...

dengar sini baik2 aku betul2 tawar hati dengan ko.. aku fikir aku apa???? ko dengar baik2 ko dah main nama mak aku.. ingat andai aku maafkan ko dendam aku buat ko masih ada... aku malas nak panjang cite dengan ko kalau ko minx maaf dengan aku.. couz ko jenis yang suka bagi orang sakit hati.. ko tak panadai menjaga hati wanita lain..

aku cuma minx dengan ko tak banyak  tapi ko lupa pada janji ko dengan aku semalam.. ko hanya sedar bila ko dah abis marah dengan aku.. adakah ko fikir hati aku yang terlalu luka sehinggankan ko sendiri aku fikir tak mampu ubati..

aku dah tak dapat jadi wanita yang ko nak.. aku ada cara aku.. ko boleh pergi dari hidup aku...andai ko tak dapat bagi aku secebis kebahagiaan..

aku masih di sini 
berkalam di hati 
yang telah di lukai
bermadah sendiri
berteriak sepi
sesepi syahdu tirai malam
bertemankan bebintang seri
dan sang rambulan pun seakan mengerti
tiap kata lirikan sang pujangga diri
yang berbisik meluah rasa
tercalit di tirai mimpi
terlukis di kamar hati
rindu ini tak bisa kugapainya lagi
walau terlalu ingin aku menyentuhnya
namun kenangan itu ku rasa makin berlari
jauh tinggalkan kita berdua
dan kasih yang terkumpul di perdu hati
untuk siapa harus aku laihkan
sedang yang berbisik di setiap denyut nadi 
hanya kamu...dan hanya kamu..
namun ko sendiri menyakiti hati aku
apa harus aku lakukan 
samada aku lupakan kamu 
atau teruskan saja hubungan ini
bagila aku petunjuk



Saturday, March 12, 2011

TeRlUkA

tak sangka ada insan ayng x menjaga hati aku...aku buat2 sedih.., ok aku terima andau tak da rasa cinta ko buat aku...buat apa ko nak aku lagi.. aku hanya tunggu ko kata putus saja... ko tau tak aku dah x tahan hidup macam ni...

asyik gaduh.. aku dah penat sangat.. hati aku dah terlalu hancur buat semua benda nie...maafkan aku kalau aku tak dapat jadi nisak yang dulu.. sejak akhir2 ni aku saja yang hantar msg dulu dekat ko.. aku pun nak rasa ko hantar msg dulu dekat aku...

bila aku kol ko minx ko hantar dulu jawapan ko amat buat hati aku sakit... ini yang ko kata ko rindu aku... ini bukan nama rindu tapi nak lukakan hati aku...aku dah rasa macam tak nak balik selangor lagi.. aku lebih senang di kampung couz aku tahu ko tak pernah hargai aku....

andai ko lukakan hati aku, aku dah nekad aku akan putus dengan ko.. aku sayang ko tapi sayang ko tak pandai hargai aku.. ko hanya pandai menyakiti hati aku...ko sedar tak apa ko dah buat pada aku.. ko hanya buat hati aku tawar dan cinta aku makin kurang buat diri ko..

hanya aku saja yang pujuki hati aku.. ada ko pujuk hatia ku.. tak ada la.. ko hanya pandai cakap.. dah la ko akat aku bodoh.. aku terima tapi ko yang menyesal Tuhan akan bayar cash untuk ko atas apa ko kata dengan aku...

KeHeBaTaN sHU..

Aku amat la kagum dengan shu.. dia dah la pandai dalam pelajaran malah dia jugak pandai menjahit.. dia adalah la insan yang mempunyai tangan yang sangat kreatif.. Dia bantal buat bantal yang ada nama, aku tengok hajitan dia sangat la kemas...

One day, dia ada tunjuk dekat aku satu bantal kecil bentul luv.. aku pun tergoda aku tengok..hahahaha.. aku pun apa lagi terus saja la tempah benda luv kecil 2...

Dalam masa 1 malam saja dia buat bantal kecil bentuk luv... pagi kesokkan harinya dia bagi aku tengok bantal yang aku tempah.. aku sangat la teruja dan hepy couz bantal dia buat sangat cantik..


nie shu buat cantik tak hasil tangan dia

aku sangat la suka pada benda yang shu dah buat nie.. aku nak ucap thank dekat shu kerana sanggup susah payah tolobg aku buat benda nie...

 aku da cakap dengan shu yang aku ank belajar dengan dia cara dia buat... aku harap aku dapat belajar banyak benda lagi degan shu...aku minx dia buat untuk bf aku sama..maklum la nak bagi hadiah buat dia... aku dah lama tak bagi apa-apa hadiah buat insan yang aku sayang..



nie aku minx shu buat utk insan yg aku sayang...
aku harap bf aku ske apa yang aku bagi.. harap dia tak ada la nak komen apa... buat sahabat aku nor suhada tq apa yang ko ajar aku dan buat benda ni untuk aku... sayang ko sangat....

BuRuNg AyAm-AyAm



Ini adalah burung ayam-ayam.. burung ni ada time orang ambik padi saja..rasa dia sedap sangat berbanding burung yang lain.. burung ni kalau masak goreng kicap memang sedap sangat2... memang terbaik la dari ladang...

aku tadi pergi rumah pak long aku p ambik burung ni... balik ja sampai rumah mak aku dah bising suruh aku cabut bulu burung.. aku bab nie aku malas.. dah la busuk kalau cabut burung..darah dia aku paling geli, aku agak takut dengan darah haiwan nie...

aku pun cabut la, maklum la nak tunjuk baik..(hihihihihi) tak sampai 2 ekor aku cabut bulu burung, aku dah terasa penat tangan sangat... nasib baik ada ayah aku sudi membantu aku buat kerja nie... cepat betul ayah aku cabut bulu burung tak sampai 30 minit dah 3 ekor ayah aku cabut bulu burung...

aku terkagum seketika melihat bakat ayah aku... aku mula terasa segan dengan ayah aku... maklum la ayah lagi teror dari anak gadisnya...ini la padah sekiranya kita jarang buat kerja rumah...

nie la burung yang ayah aku cabut bulu

KaLaU aDa ReZeKi

Hari Rabu mak aku kol pada jam 2.30 ptg katanya aku dapat ujian utuk kerja gov. aku tengah praktikal, aku pening kepala fikir apa patut aku buat.. aku pun pergi jumpa bos aku, aku cerita dengan dia...Nasib baik bos aku 2 nama cik huda dia sangat baik dan dia bagi aku tamatkan praktikal 2 hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

aku pun balik pada hari khamis malam... pagi Jumaat 11/3/11 aku perhi exam sorang diri tanpa ditemani oleh ibu mahupun ayah aku...aku gerak kul 7 nak pergi interview dekat alor star.. dalam kul 7.40 aku sampai,aku ingatkan aku la orang paling awal rupa-rupanya aku silap...Ada orang datang lagi awal dari aku...

aku tengok senarai nama nak ambik exam sangat la banyak... aku ada 2 sesi exam.. sebelah pagi aku ambik ujian bertulis dan sebelah petang ujian komputer..exam bertulis sangat la susah macam nak bagi aku gagal saja aku rasa.. jawapan pun aku men hentam saja...lepas exam kul10 aku tak tahu nak pergi mana...

aku pun lepak la dalam kereta sementara nak tunggu kul 2.30 sesi ujian komputer bermula... waktu aku buka pintu aku terlupa aku letak sijil aku atas bumbung kereta.. aku pun memang terlupa benar pasal fail.. aku pun bosan dok dalam kereta.. aku fikir aku nak p kena udara couz perut aku pun lapar..

aku dengan lagak gayanya drive la kereta tanpa sedar ada fail atas bumbung.. sampai dekat 1 simpang ada la pak cik ni dok hon aku.. aku pun pelik npe pakcik nie asyik hon aku ... dan dia bagi tau aku fail atas bumbung dan dia kata sijil aku ada yang terbang...

aku rasa macam nak nangis saja sijil hilang... aku pusing kereta balik ikut arah jalan aku kuar tadi nak cari sijil... cari punya cari samapi aku kol bf aku siap nangis bagi tau sijil hilang cari tak jumpa...
nasib baik dia pandai pujuk aku..

aku pun pasrah dengan keadaan aku, aku fikir dalam kepala nak balik rumah... aku pun menuju arah nak balik rumah... aku ada ternampak sorang boy dan gf dia pegang kertas pink.. aku pun terfikir 2 mesti sijil aku..
aku stop dan aku kata maaf cik nie sijil saya... tq tau cik tolong kutip...dan awek dia cakap tak apa...

aku pun tak jadi la balik..aku pergi lepak dekat giant alor star..Jam kul 2.00 tepat aku balik dekat tempat aku buat ujian.. ujian komputer 2 aku dikehendaki menaip 2 soalan.. 1 soalan 2 dalam bahasa arab dan lagi satu dalam bahasa rumi.. nasib baik aku sempat taip yang rumi tapi yang bahasa arab 2 betul2 aku tak reti..

sedihnya aku bukan kepalang...aku tak dapat buat 1 soalan lagi lagipun masa dia bagi 15 minit saja..mak aku dan ayah aku amat berharap sangat aku dapat kerja ni... boleh la aku dok dengan mereka di kampung...
aku pun berharap aku dapat tawaran kerja ini..

Sunday, March 6, 2011

Kau Sedih Sahabatku, Diriku Lagi Sedih Darimu..

Ya Allah,aku hampir terlupa malam ini malam apa...patut la kawan baik aku msg aku dengan keadaan yang sedih..miera tolong jangan ingat orang yang telah lama tinggal kan kita..biar la kenangan itu terus dihanyut oleh masa dan keadaan miera.. sudah hampir 5 tahun orang yang paling baik dengan aku pergi meninggalkan kekasih hatinya iaitu nur amira..miera still dengan cintanya yang satu..aku pulak kehilangan tempat nak tumpah air mata,tempah lepaskan geram & tempat nak bagi aku hepy..

andai dia masih hidup,pasti miera orang paling hepy dan aku tak terkecuali.. miera kenapa malam nie ko menangis kerana rindukan dia.. kalau ko rindukan dia, aku lebih rindukan dia kerana dia adalah sepupuku yang paling baik.. andai ko sedih, aku lebih sedih berbanding dirimu.. miera, cari la pengganti buat dirinya..jangan la ko terlalu setia pada yang telah tiada..

dia pasti berbangga andai ko tak tangisi ketiadaannya, dia pasti merestui andai ko ada pilihan hati ko sekarang.. miera kenapa ko kata kau lupa pada sepupu yang satu itu.. aku tak pernah lupakan miera..hanya dia saja yang faham aku miera.. aku dah tak seperti nisak dulu miera..sejak dia tiada aku selalu disakiti..dia tiada nak bantu aku..tak dak sapa nak gaduh dengan aku sejak dia tiada..

selama 5 tahun miera, aku selalu ingat pesan dia..agar jaga ko tak kira apa yang berlaku..ko tau tak miera,sebelum arwah pergi dia selalu pesan dengan aku agar jaga ko dan dia amat mencintai ko..sampai bila2 ko dalam hati dia yang satu..

miera, aku betul2 amat merindui insan yang yang satu ini.. hati aku dah tak hepy macam dulu lagi..hanya kosong dalam diri aku.. miera, aku merayu padamu agar ko mencari cinta yang baru..yang setia pada yang telah tiada.. miera yang pergi tak akan kembali buat selama2nya..

aku tau miera bagi ko, cinta biar seribu tahun, cinta ko tak mungkin akan pergi, walaupun dia telah tiada.. tapi kita yang hidup mesti teruskan hidup kita.. miera,aku sentiasa berdoa agar ko bina hidup baru.. sekiranya ko masih macam ini, aku la insan yang paling bersalah..

aku sanggup berkorban miera demi ko,katakan saja apa patut aku buat asalkan ko bahagia dan membina hidup yang ko impikan selama ini..

Hanya Tuhan saja yang tahu...

aku tak sangka malam nie aku masih berduka dan memikirkan nasib aku... apa nak jadi dengan diri aku, setiap apa yang aku teringin nak makan pasti aku tak dapat nie la dinamakan nasib malang..
aku berharap yang mak aku sentiasa berada disisiku agar apa yang aku ingin makan dia mampu masak dan hidangkan dekat aku.. aku harap aku balik kg nanti mak aku dapat buat kacang kuda rebus dengan ada sawi & cabai kering..

aku nak buat la kalau aku reti,tapi aku tak pandai lak.. aku ingat nak balik dok kampung la..ati aku tenang saja berada disana..aku perlukan ketenangan sebelum aku jadi gila.. Pada pendapat korang la,lau benda 2 orang nak bagi siap masak lagi dan bila gaduh di kata tak halal macam mana? apa korang buat ye.. aku pening fikir hal ini..

aku terasa lapar pula,apa nak jadi dengan diri aku,time makan aku tak mau makan...malam2 buta baru nak cari makanan.. memang gila la...aku selalu doakan agar aku pergi sekarang aku tak ingin dilukai or banyak sangat kerenah aku..

stress

aku dah mula bosan dengan cinta.. hanya gurl saja yang kena jaga ati.. aku ingin bebas..bebas dari semua benda..aku tak ingin ati aku dilukai lagi.. setiap kali pulang hanya ati aku sakit,hanya aku saja yang mengalah..aku penat dengan diri aku sekarang..betul kata orang cinta itu perlukan pengorbanan.. aku perlu lakukan demi untuk masa depan aku..aku berharap agar 1 hari nanti aku dapat kerja yang jauh dari bandar..aku nak selami ati aku sedalam2nya... adakah aku amat mencintainya atau aku hanya kesiankan dirinya.. aku tak boleh brpisah dengan dengan buat masa sekarang.. aku ingin lihat dia berjaya..bila dia berjaya aku akan atur rancagan akudemi masa depan dia dan nak menjaga hati family dia yang selama ini menjaga dia..

dulu aku amat mencintainya,tapi kerana sikap dia yang buat aku mula terluka.. hanya aku saja ayng salah baginya..kalau aku teruk,cari la wanita yang mampu menjaga hati kecikmu itu..aku hanya insan biasa,yang banyak buat salah..aku tahu aku wanita yang bodoh kerana mengambil hak wanita lain..sungguh aku tak tahu aku telah mengkianati seorang wanita lain..aku ingin tebus salah aku buat liza..insan yang sangat berhak keatas dirinya..

aku ingin bertanya kenapa ko selalu menyakiti ati aku,andai cinta ko xde buat aku...aku rela bebas dari diri..
selama ini aku hanya berpura-pura gembira demi menjaya atimu..tapi tidak ke ko tahu ati kecil aku sering dilukai, dan sering hancur dengan sikap ko yang sekarang yang sering megundang airmatuku saja..

aku ingin ko macam dulu yang sikapmu yang sangat romantis dan hubungan hamonis.. dulu ajakanmu lembut dengan kehalusan makna kasih sayang yang ko berikan sekarang hanya derita ko berikan sehinggan aku terpaksa menghulur tangan aku untuk menerima dan menelah segala kepahitan cinta ini..aku ingin perasan cinta sentiasa mengair dalam memenuhi jiwa..

aku sentiasa berdoa agar ko kembali menjaga hati kecil aku...fahami aku dengan kasih sayang...andai aku wanita teruk ko pergi la mencari cinta sejati ko..aku amat rela..andai kita tiada jodoh aku sentiasa mencintaimu..aku tak akan mencari pengganti dirimu lagi..cukup la ko yang terakhir insan yang berada dalam diri aku...pe pun yang terjadi aku sentiasa akan memberi sokongan aku sebagai kawan ko..

buat insan yang aku sayang,
dengar la luahan atiku ini...aku tak minx lebih darimu hanya sekadar kegembiran buat diriku..

sayang,tancapkan dalam hati
walau kini aku dilukai,
esok pasti aku sayangimu,
hanya Tuhan saja yang tahu,
walaupun hati sentiasa dilukai,
jangan biarkan hati kecilku hancur,
dek kerana sikapmu yang ego,
aku berharap agar hubungan cinta kita,
sentiasa mekar sampai akhir hayat,
kerana banyak yang indah dari yang pahit ko berikan,
walaupun aku insan biar yang banyak buat salah,
aku sentiasa nak betulkan silapku padamu,
aku sentiasa berdoa agar cinta kita tak pernah mati,
selama iman masih terpatri dalam diriku ini,
andai aku ada buat salah terhadap dirimu,
aku susun sepuluh jari memohon maaf,
diatas kesalahanku pada dirimu,
kembali pada dirimu yang dulu,
kerana aku sentiasa menunggumu,
agar hubungan cinta kita bertukar pada perkhawinan...

setiap saat aku tunggu ko..ko x pernah tahu aku selalu menitis air mata kerana sikapmu...
andai ko x sudi bercinta dengan aku, segera bebaskan aku..aku akan rawat hati aku...

Kegembiran!!!

aku hepy sangat dapat kenai dengan kawan baru.. kata sini aku nak cerita aku praktikal dekat padat, memang praktikal dekat sana agak bosan la. dan datang 4 orang budak uitm.. namanya lyaa,faezah.shu & sha.. c lya nie dia pandai bab make up.. one day, kami tak ada keje, kami men make up.. first, kami make up muka shu, lya yang make up, aku juru tengok saja la..

korang tengok la hasil lya buat..

cantik kan shu setelah dimake up
aku begitu kagum dengan bakat yang lya ada.. aku harap aku akan jadi orang yang pandai make up.